BAGAIMANA CARA MENJADI KAYA Kunci Pembuka Pintu Rezeki

Hanya jujur,benar dan menunaikan amanah dalam semua usaha dan aktiviti yang dapat mendatangkan keberkahan dan yang mempermudah terbukanya pintu-pintu rezeki yang halal. Hal itu kerana dua perkara yang amat penting: Pertama: Allah dan RasulNya telah berjanji-sedangkan Allah tidak pernah menyalahi jan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rusli Haji Ibrahim (Author)
Other Authors: Rusli bin Haji Ibrahim (Translator)
Format: Book
Language:Malay
Published: Kuala Lumpur Jasmin Enterprise 1998
©1998
Subjects:
Online Access:Click Here to View Status and Holdings.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hanya jujur,benar dan menunaikan amanah dalam semua usaha dan aktiviti yang dapat mendatangkan keberkahan dan yang mempermudah terbukanya pintu-pintu rezeki yang halal. Hal itu kerana dua perkara yang amat penting: Pertama: Allah dan RasulNya telah berjanji-sedangkan Allah tidak pernah menyalahi janji-bahawa siapa saja yang menempuh jalan-jalan yang telah ditetapkanNya dan menjauhi segala sesuatu yang dilarangNya.nascaya Allah memberkati usaha dan rezekinya dari arah yang tidak disangka-sangka. Allah akan membuka baginya kurnia yang tidak mampu diperolehi melalui usaha,jernih payah dan kecerdasan semata-mata. Kedua: Seseorang yang menjalin hubungan muamalah dengan orang ramai,dan mereka tahu betul bahawa ia jujur dan amanah,sudah tentu hati mereka menjadi yakin kepadanya,sehingga mereka amat percaya untuk menjalin kerjasama dan merasa aman untuk melakukan perniagaan. Dengan demikian sikap amanah dan jujur tersebut dapat menegakkan hubungan muamalah yang bersih,baik dan berterusan,sehingga hubungan dengan orang lain semakin meluas. Begitu juga halnya dengan kerjasama niaga yang didasarkan pada jujur dan amanah,nescaya dapat mendatangkan keuntungan yang luar biasa. Sebab,siapa saja yang bersama Allah, maka Allah pun akan memperkuatkannya dengan pertolongan ,taufiq,dan bimbinganNya sehingga laju dan gerak niaganya tersebut selalu membawa kemaslahatan dan keuntungan di antara sesama pedagang. Buku ini mengandungi petua-petua yang amat berharga dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar ini. Kandungannya amat bernilai dalam mengatasi segala kesusahan dan merupakan petunjuk praktikal untuk menjadi orang kaya,ataupun memperolehi rezeki yang diredhai oleh Allah SWT.
Physical Description:204 pages 20 cm
ISBN:9839045822 (paperback)
9789839045826